Saturday, July 15, 2017

SUDUT PERMAINAN ILMU

Jom sertai aktiviti Sudut Permainan Ilmu (percuma). Terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi Karnival Membaca Perlis dari 25-30 Julai 2017. Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah. Jom bawa anak-anak untuk sertai aktiviti ini. Aktiviti ini berlangsung dari 9.00 pagi - 5.30 ptg. 



I) Putar-putar Ilmu
Para peserta dikehendaki untuk memusingkan putaran roda.  Menguji kepintaran peserta untuk menjawab soalan yang diajukan mengenai isu-isu semasa, matematik, bahasa dan sebagainya.

II) Puzzles
Para peserta dikehendaki untuk menyusun gambar mengikut masa yang diberikan.

III) Eja Perkataan
Para peserta dikehendaki untuk mengeja perkataan samada di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Jawi

IV) Origami
Para peserta didedahkan teknik membuat origami dengan kertas dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan yang menarik seperti bunga, ikan dan sebagainya.

III) Baca Jawi
Para peserta dikehendaki untuk membaca teks jawi yang muedah dan ringkas.

III) Jejak Maklumat
Para peserta dikehendaki untuk mencari maklumat di dalam perpustakaan.

# Masuk semua pertandingan dan anda berpeluang membolot kesemua hadiah yang ditawarkan!!! 6 permainan, 6 hadiah ditawarkan..jadi, sila sediakan beg plastik untuk membawa pulang hadiah-hadiah anda!!!

# Sila maklumkan kepada semua sedara mara, jiran-jiran, kawan-kawan sekolah anda.. banyak hadiah untuk dibawa pulang!!!







No comments:

Post a Comment